Tuesday, December 11, 2012

apa erti wanita untuk lelaki

Wanita yang sudi menjadikan anda suami adalah wanita yang telah ditentukan untuk anda,Dia dr tulang rusuk anda.Dia adalah anda. Anda mengambilnya dengan kalimah ALLAH, Anda wajib memeliharanya sebab dia memang jodoh anda yg sudah ditentukan.."



"Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki.Tanpa pelita, lealki bermalam dalam kegelapan"...



"Sayangila sebuah perkenalan kerana di situ ada kenangan.Kenangi sebuah perhubungan kerana di situ ada kerinduan, Sayangi kedua-duanya kerana ia rahmat TUHAN.."



"Wanita tdk diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.."



"Mana mungkin ceria tanpa bahagia. Mana mungkin bahagia tanpa gurau senda. Mana mungkin boleh bergurau tanpa persefahaman. Mana mungkin kesemuanya itu jika tanpa cinta dan kasih sayang"..



"Perhubungan mahupun perkahwinan perlu dibina di atas kecemerlangan. Perkahwinan yang dibayangi masalah tentu sukar untuk menjanjikan kecemerlangan"..



"Pernah tak terasa dalam hidup kita sentiasa ingat seseorang, ingin mendengar suaranya selalu dan kadangkala terasa dirinya begitu dekat meskipun jauh beribu batu? jika ada, itulah CINTA"...



"Setiap kekecewaan hari ini sebenarnya lebih baik daripada hari esok, sebab kekecewaan hari ini pastinya tidak sedalam esok hari yang mendatang"..




precious....

Monday, November 26, 2012

Celine Dion - Because you loved me.....specially for you...........

RAJA HINDUSTANI FULL MOVIE

sepi.................

lama ku biarkan sepi ruangan ini.. sejak pemergiaan bonda tercinta... hampir 50 hari sudah...namun kehadirannya sentiasa dirasakan.. kesibukkan yang menerjah diri membuatkan aku lebih kuat menghadapi segalanya..
tetapi kerinduaan ini tak mampu aku bendung..tanpa kehadiran mu..
sesungguhnya aku rindu.. rindu teramat sanagat.. tak sabar menunggu hari jumaat nakku ziarah pusaramu.. pusara sepimu.. moga kau diampun dosa... dilapangkan segalanya buatmu bonda dan ayahanda..

Thursday, September 27, 2012

penerangan kalimah syahadah.. sila beri komen bagi yang memahami...

APA MAKNA KALIMAH SYAHADAH???

AKU BERSAKSI...PENJELASAN AQIDAH DARI DUA KALIMAH SYAHADAH

Al-Syahadatain (dua kalimah syahadah) adalah merupakan lafaz yang wajib diketahui dan dii`tikadkan oleh setiap muslim. Ia juga merupakan lafaz yang wajib diucapkan oleh orang-orang kafir bagi melambangkan keislaman mereka.

Lafaz Dua Kalimah Syahadah ialah:

أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ

Maksudnya:

“Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang sebenarnya melainkan Allah, dan aku bersaksi bahawa Nabi Muhammad itu utusan Allah”.

Perhatian: Lafaz ashhadu (أشهد) yakni “aku bersaksi” mengandungi tiga makna serentak iaitu:

1. (أعلم) yakni “aku mengetahui”,
2. (أعتقد) yakni “aku mempercayai” dan
3. (أعترف) yakni “aku mengiktiraf”.

Inilah lafaz yang afdal dan paling sesuai bagi menjelaskan tuntutan iman dan Islam. Ini kerana setiap sesuatu pengakuan hendaklah didahului dengan kepercayaan, dan setiap kepercayaan pula hendaklah didahului dengan pengetahuan atau ilmu. Jika tidak, maka pengakuan dan kepercayaan itu adalah suatu pembohongan. Demikian juga jika seseorang itu tahu tentang kebenaran Islam tetapi tidak mahu mempercayai atau tidak mengakui kebenaran Islam, maka dia telah berdusta sebagaimana orang-orang Yahudi yang telahpun mengetahui kebenaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad sallallahu`alaihi wasallam, bahkan mereka mengenali baginda sepertimana mereka mengenali anak-anak mereka sendiri, namun disebabkan sikap degil dan bongkak mereka tidak mahu memperakui akan kebenaran risalah yang dibawa oleh baginda sallallahu`alaihi wasallam.

Makna Kalimah Syahadah Pertama:

أَشْهَدُ أَن لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ

“Aku mengetahui (dengan menuntut ilmu), aku beri`tiqad (mempercayai) dengan hati tanpa dipaksa dan aku mengiktiraf (mengakui) dengan lidah bahawa tiada Tuhan yang di sembah dengan sebenarnya melainkan Allah Yang Maha Tunggal lagi Yang Maha Esa, Yang Awal lagi Yang Sedia Ada, Yang Maha Hidup lagi Yang Maha tidak berhajat kepada yang lain dan Yang Maha Kekal lagi Yang Maha Mencipta, Yang Maha Memberi Rezeki, Yang Maha Mengetahui lagi Yang Maha Berkuasa dan Yang Maha Melakukan apa yang dikehendaki-Nya, sesuatu yang dikehendaki-Nya pasti berlaku dan sesuatu yang tidak dikehendaki oleh-Nya pasti tidak akan berlaku. Dia-lah Tuhan yang tidak ada sebarang daya dan kekuatan melainkan dengan-Nya yang bersifat dengan segala sifat kesempurnaan yang layak dengan-Nya, yang suci dari segala sifat kekurangan pada hak-Nya”.

Ringkasan daripada makna syahadah pertama di atas ialah pensabitan (merujuk kepada) 20 sifat bagi Allah ta`ala iaitu: al-Wujud (ada), al-Qidam (sedia ada), al-Baqa’ (kekal), al-Mukhalafah lil-hawadith (bersalahan dengan makhluk), al-Qiyam bi-nafsih (tidak berhajat kepada makhluk), al-Wahdaniyyah (esa), al-Qudrah (berkuasa), al-Iradah (berhendak), al-`Ilm (mengetahui), al-Hayah (hidup), al-Sama` (mendengar), al-Basar (melihat) dan al-Kalam (berkata), Kaunuhu Qadiran (keadaan Allah ta`ala yang berkuasa), Kaunuhu Muridan (keadaan Allah ta`ala yang berkehendak), Kaunuhu `Aliman (keadaan Allah ta`ala yang mengetahui), Kaunuhu Hayyan (keadaan Allah ta`ala yang hidup), Kaunuhu Sami`an (keadaan Allah ta`ala yang mendengar), Kaunuhu Basiran (keadaan Allah ta`ala yang melihat), Kaunuhu Mutakalliman (keadaan Allah ta`ala yang berkata-kata).

Makna Kalimah Syahadah Kedua:

أَشْهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا رَسُولُ اللهِ

“Aku mengetahui, mempercayai dan mengakui bahawa Muhammad ibn `Abdullah ibn `Abd al-Muttalib ibn Hashim ibn `Abdu Manaf al-Qurashi sallallahu`alaihi wasallam itu adalah hamba Allah dan utusan-Nya kepada semua makhluk. Selanjutnya, diikuti dengan iktikad dan keyakinan bahawa baginda telah diputerakan dan dibangkitkan sebagai seorang rasul (pesuruh Allah) di bumi Mekah, berhijrah ke bumi Madinah dan disemadikan di sana, baginda benar dalam semua perkara yang dikhabarkan dan disampaikannya daripada Allah iaitu mencakupi perkara-perkara yang telah berlaku, perkara-perkara yang akan berlaku dan perkara-perkara yang berhubung dengan hukum syariat. Antara perkara yang dikhabarkan itu ialah azab dan nikmat kubur, soalan dua malaikat Munkar dan Nakir, kebangkitan dari alam barzakh, perhimpunan di Mahsyar, kiamat, hisab, pahala, azab, neraca amalan, titian al-Sirat, neraka, kolam al-Hawd, syafaat, syurga, melihat Allah dengan mata kepala pada hari Akhirat tanpa kayfiyyat, tanpa bertempat dan ruang; iaitu tidak seperti makhluk dilihat, keberkekalan hamba-hamba Allah di dalam syurga dan neraka, keimanan dengan para malaikat Allah, para rasul-Nya, kitab-kitab-Nya dan qada` dan qadar Allah iaitu yang baik dan yang buruknya, dan sesungguhnya baginda adalah penyudah segala nabi dan penghulu seluruh keturunan Nabi Adam alaihissalam.

HUKUM MENGUCAP DUA KALIMAH SYAHADAH DAN PERKARA-PERKARA YANG BERKAITAN DENGANNYA:

• Jika seruan asas Islam iaitu Dua Kalimah Syahadah sampai kepada sesiapa yang mukallaf, maka wajib ke atasnya menganut agama Islam, tetap dalam agama Islam dan beramal dengan syariat Islam.

• Untuk menganut agama Islam, seseorang yang kafir wajib mengucap Dua Kalimah Syahadah berserta dengan i`tiqad yang benar lagi utuh.

• Lafaz Dua Kalimah Syahadah tidak disyaratkan dengan lafaz yang dimulakan dengan lafaz ashhadu (أشهد) untuk mengesahkan kemasukan seseorang ke dalam agama Islam. Bahkan, ianya boleh dilafazkan dengan ungkapan lain yang mempunyai makna yang sama dengannya meskipun bukan dalam bahasa Arab.

• Kefardhuan melafazkan Dua Kalimah Syahadah ke atas seluruh umat Islam kekal dalam setiap solat supaya solat menjadi sah menurut mazhab al-Imam al-Syafi`e.

• Orang yang dilahirkan di dalam Islam dan beri`tiqad dengan Dua Kalimah Syahadah tidak disyaratkan mengucap dua kalimah syahadah untuk menjadi orang Islam. Bahkan dia sebenarnya sudah menjadi orang Islam kerana didikan dan asuhan yang diterima olehnya adalah berdasarkan kepada aqidah yang sahih.

• Menurut ulama dalam mazhab Maliki bahawa Dua Kalimah Syahadah wajib diucapkan sekali seumur hidup ke atas setiap mukallaf setelah mencapai usia baligh dengan niat fardhu. Ini adalah kerana mazhab mereka tidak mewajibkan bacaan tahiyyat dalam solat, bahkan mereka hanya menganggapnya sebagai sunat. Sedangkan menurut ulama dalam mazhab-mazhab yang lain seperti ulama mazhab Syafi`e dan mazhab Hanbali, dua kalimah syahadah adalah wajib dilafaz dalam setiap solat bagi memastikan solat menjadi sah.

• Iman dan Islam seseorang itu tidak sah dan segala amalan kebajikannya tidak diterima tanpa dua kalimah syahadah yakni tanpa iman yang benar.

• Ucapan syahadah pertama wajib diiringi dengan ucapan syahadah kedua bagi mengesahkan keislaman seseorang yang mahu memeluk agama Islam. Itulah kadar minima untuk selamat dari kekal abadi di dalam api neraka.

Oleh itu setiap manusia wajib meyakini secara jazam (putus) tentang kewujudan Allah ta`ala dan Allah ta`ala mempunyai sifat-sifat yang sempurna. Seseorang itu juga wajib juga beri`tiqad bahawa apa yang di bawa oleh Rasulullah adalah benar belaka tanpa ada syak, zan dan waham.

الْجَزْمُ يُخْرَجُ مِنْهُ: الْشَكُّ, الْظَنُّ, الْوَهْمُ.

Al-Jazm dikeluarkan daripadanya : Syak (ragu-ragu), Zan (melebihi percaya daripada tidak), Waham (melebihi ketidakpercayaan daripada percaya).

مُوَافِقٌ لِلْحَقِّ يُخْرَجُ مِنْهُ: جَاهِلٌ بَاسِطٌ, جَاهِلٌ مُرَكَّبٌ

Selari dengan kebenaran dikeluarkan daripadanya: Jahil basit (tidak mempunyai pengetahuan sama sekali), jahil murakkab (jahil yang tersusun iaitu tidak sedar bahawa dirinya jahil)

عَنْ دَلِيْلٍ: أَيْ لَيْسَ تَقْلِيْدًا
Daripada dalil: tidak boleh bertaqlid.

Maksud taqlid iaitu orang yang mengikut tanpa belajar dan apabila ditanya maka individu tersebut tidak dapat mengeluarkan dalil dalam perkara yang berkaitan dengan akidah.

Ø Sekiranya seseorang itu bertaqlid (mengikut) kepada orang yang tidak betul iaitu golongan yang terkeluar dari landasan akidah yang sahih walau dengan jazam sekalipun tetap dihukumkan sebagai tidak beriman.

Ø Sekiranya seseorang itu berbertaqlid (mengikut) kepada orang yang beraqidah sahih iaitu yang berada di atas landasan akidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah. Hukumnya terbahagi kepada tiga:

1. Sekiranya dia bertaqlid (mengikut) dengan jazam (putus), maka dia dikira beriman tetapi dihukum fasiq iaitu berdosa walaupun beriman. Ini pendapat yang muktamad.

2. Tidak dikira beriman walau dia bertaqlid dengan jazam sekalipun. Ini pendapat yang dhaif.

3. Sekiranya dia bertaqlid tetapi tidak jazam, maka dirinya tidak dikatakan sebagai beriman walaupun yang diikutinya itu adalah orang yang sahih aqidahnya.

Kesimpulannya, syarat untuk mengenal Allah ada empat:

1. Tahu dengan belajar (talaqqi).
2. Yakin dengan keyakinan yang jazam (putus).
3. Berpegang dengan perkara yang sebenar iaitu Aqidah Ahl al-Sunnah Wa al-Jama`ah.
4. Besertakan dalil iaitu dari al-Quran, al-Sunnah, Ijma` ulama` dan qias.

JazakAllah Khayr ( جزاك اللهُ خيراً)

Tuesday, September 11, 2012

pelan pembangunan pendidikan

Hari ini Perdana Menteri Malaysia sendiri akan membentangkan Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ). Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) ini merupakan pembaharuan yang bakal dilakukan kepada sistem pendidikan negara yang mana tempoh pelaksanaanya adalah dari tahun depan sehingga tahun 2025. Sebelum ini, iaitu sekitar 2006 sehingga 2010 Pelan Induk Pembangunan Pendidikan digunapakai dan sejajar dengan kemajuan serta trend negara yang semakin berubah memerlukan satu pembaharuan dimana ia dirangka didalam satu pelan baru iaitu Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) yang bakal diumumkan kira-kira jam 10 pagi nanti oleh Perdana Menteri Malaysia.

Aspek yang bakal disentuh dalam Pelan Pembanguan Pendidikan ( PPP )

Secara umum, 9 perkara dibawah adalah aspek yang bakal disentuh dalam Pelan Pembangunan Pendidikan iaitu :
Memartabatkan profesion perguruan.
  • Meningkatkan kualiti guru
  • Pengambilan calon guru melalui akademik cemerlang
  • Kualiti dalam latihan perkhidmatan
  • Menambah bilangan guru dengan tetapan 1 guru 13 orang pelajar berbanding sebelum ini 1 guru 16 orang pelajar.
Meningkatkan kepimpinan sekolah.
  • Memberi ganjaran kepada pengetua dan guru besar yang menunjukkan pencapaian yang cemerlang dan meningkatkan prestasi sekolah.
  • Pemilihan pengetua dan guru besar berdasarkan merit serta pelan peralihan yang lebih berkesan.
 Meningkatkan kualiti sekolah.
  • Meningkatkan kemudahan ICT disekolah
  • Kemudahan Internet dan jalur lebar
Memantapkan standard kurikulum dan pentaksiran.
  • Membina kurikulum yang memnuhi piawaian antarabangsa
  • Memberi penekanan kepada aspek kreatif, penyelesaian masalah dan inovasi.
Meningkatkan penguasaan pelbagai bahasa.
  • Meningkatkan penguasaan bahasa ketiga
Penglibatan ibu bapa, sektor swasta dan sosial sebagai rakan kongsi.
  • Hubungan yang lebih baik dan peglibatan diluar lingkup sekolah
Meningkatkan kesediaan murid untuk pendidikan tinggi dan pasaran kerja.
  • Kepelbagaian aspek terus diterapkan untuk memberikan pelajar lebih bersedia dengan alam pekerjaan
  • Kemahiran seperti kepimpinan, kemahiran penyelesaian masalah, pemikiran aturan tinggi dan kebolehan komunikasi berkesan.
Memperbaik kecekapan dan keberkesanan sumber.
  • Mengurus sumber  dengan lebih berkesan untuk menjamin keberkesanan dalam pendidikan negara
Membina kemampuan dan keupayaan sistem penyampaian.
  • Kualiti dan susun urus tadbir kementerian ditingkatkan
  • Kecekapan pegawai disetiap peringkat pengurusan dipertingkatkan.
Satu peristiwa bersejarah akan dicatatkan apabila dilancarkan laporan awal Pelan Pembangunan Pendidikan ( PPP ) 2013-2025 yang akan dilancar tidak lama lagi. Apa yang lebih menarik, pelan ini juga akan digunapakai pada tahun 2020. Bagaimana pula dengan intipatinya nanti? Selepas pelancaran nanti pandangan dan cadangan masih lagi diperlukan dan orang ramai masih berpeluang untuk mengemukakan pendapat sebelum dimukatamadkan pada penghujung tahun 2012 nanti. Untuk pengetahuan, sebahagian cadangan laporan awal nanti adalah diperoleh daripada Dialog Nasional Pendidikan Negara 2012 yang mana telah diadakan diseluruh negara. Sumber : Utusan Malaysia 8 September 2012

Tuesday, July 31, 2012

hatiku terguris kerana dia...

YaAllah ampuni hambaMu ini.. sudah 2 hari aku tidak bercakap dengan sidia.. aku tidak bertanya dan tidak menghubunginya..aku tau.. aku bersalah.. tapi hatiku terguris dengan sikapnya..
dahlah jauh.. takkanlah serangkap ucapan tak mampu kau lafazkan padaku...pada hari lahirku..
nak kata sidia lupa tidak mungkin sbb aku sendiri ang menaip dalam kalendarnya..huhuhu
seedih sungguh rasa hatiku
jauh di sudut hatiku memang aku menangis..
jauh di sudut hatiku..sememangnya aku terguris..
dan hari ini jua dia masih mendiamkan diri..
sesekali aku berfikir..
sememangnya nasib aku begini..
tak dihiraukan oleh orang yang kuharapkan akan menjagaku..
aku sengaja membiarkan dia
aku mahu melihat sejauh manakah kasih sayang dan kerinduaan dia pada aku..
bersalahkah aku..YaAllah aku mohon petunjukMu..

LiFe iS sWeeT: AYAT PEMBUKA BICARA

Beberapa hari sudah kutingggalkan ruangan ini... rjukku pada sidia kerana lupa untuk mnegucapkan seelamat hari lahir buat ku berpanjangan beberapa hari...huhhu
tapi hakikatnya tetap kuterima.. sememangnya dia mmg jenis begitu..
rajukku pun tak berpujuk..
dibiarkan saja..
apalah nasib diriku ini..
sayangku.. jganla kau buatku jadi begini..

Monday, July 23, 2012

dah balik kampung semula...

alhamdulillah beberapa hari bersamamu tersayang buatku rasa bahagia.. tapi betulke aku rasa bahagia..
dengan segala kekurangan itu buat aku sebenarnya tak selesa..
tapi apa nak buat akur sajalah pada ketentuannNYA...
aku belajar untuk redha.. YaAllah.. kau berikanlah kami rezeki yang halal..
kau rahmatilah kami dengan rahmatMu..

sempat juga berbuka puasa buat pertama kalinya dengan sidia...
hmm walaupun sekadar makan makanan yg dibeli dr bazar ramadhn..
dan berhidang beralaskan kertas suratkhabar...
nmpknya sidia berselera sekali makan..
alhamdulillah..


Tuesday, July 17, 2012

esok nak jumpa buah hati tersayang

alhamdulillah..
esok nak jumpa sidia..
tak sabar rasanya.. dah hampir 2 minggu tak bersua
hanya suara yang menemani saban hari..

buahatiku

rindu mahu jumpa kamu....http://youtu.be/bGEoR1f5aRc

Monday, July 16, 2012

salahkah andai dikejauhan ini aku meragui...

kekasihku...

dikejauhan ini hatiku sering tertanya-tanya sedang apakah kau di sana...
hmmm...
ye apakah sedang sibuk berkerja..
atau menonton bola bersama-sama rakanmu
ataukah???
sebenarnaya aku tak ingin langsung untuk meraguimu
tapi
kau sendiri pun faham kekadang tahap cemburuku ini melampaui
lampu merah.. huhuhu..
apa yang aku harapkan kau di sana tetap setia
biarpun pertemuaan kita tak sekerap pasangan lain..
kekangan waktu
kekangan kerja
kekangan jarak
yang memisahkan kita
namun
ikatan hati kita biarlah kekal bersama
biar jauh..
biar dekat.. biarlah ianya utuh memberkas setia...

Thursday, July 5, 2012

buang yang keruh ambil yang jernih

alhamdulillah..syukur kupanjatkan padaMu Ilahi..
yang keruh sudah pun jernih
abang..
terimakasih..
betullah kata orang.. berbincanglah..
sebenarnya kita tak mampu untuk mengenali pasangan kita sebelum kita diuji..
ujian inlah yang membuat kita kenal dia
sedikit demi sedikit kita akan mengenali sikap sebenar dia selepas diterima nikahnya...
hmmm
entahlah..
terima kasih ya Allah

Wednesday, July 4, 2012

diujiNYA..

ye..itu lebih sebulan yang lalu.. tika begini mungkin pasangan lain belum puas berbulan madu.. bersenda gurau tapi aku hmmm menahan sebak di dalam dada..oh Allah..ujian ini menimpa hambamu..susahnya kini suamiku nak dihubungi.. tak seperti dulu..kalau dulu saban waktu aku ditemanai sms dan call..tapi kini..huhuhu..

apakah kejauhan ini yang menyebabkan aku dan dia terasa semakin jauh.. tapi dulu pun kami dah mmg jauh.. cuma sesekali je jumpa..

apakah kesibukkan yang melampau menyebabkan aku dan dia semakin jauh..
entahlah.. kesibukkan itu sememangnya asam garam hidup kami

walaupun sudah lebih 2 tahun aku mengenali dia.. tapi sekarang aku dapat merasakan aku semakin tak kenal dia..

resahku sangat menyakitkan..
rindukan amat menyesakkan..

sabarlah.. mungkin sbb dia dh dua minggu tak menjegukku di sini..
berdosakan kah aku suamiku..
kerana

terlalu resah di sini..lantasmula berfikir macam-macam..

suamiku..
aku tau kau sangat menyanyangi aku..
tapi
aku tak mampu menahan perasaan sebegini melanda aku..




aku terima nikahnya

tanggal 1 jun yang lalu itulah lafaz yang kudengar dari bibirmu...masih terngiang di telingaku..